Sunday, March 23, 2014

Edisi "Apa Yang Aku Dah Buat?"


yeay at last boleh jugak beristinjak beristirehat dekat rumah manis rumah

dah sebulan lebih woooo tak balik rumah.eh tak tak lebih lagi.before masuk sem tu balik seminggu awal nak buat kerja karnival.see.tak masuk kelas lagi dah duduk kat office tu.takpe nanti aku jugak yang rindu nak busy busy ni.lepastu 3 days before start kuliah pergi KPA.yeayyy go PUSAKA TOK MAN!walaupun bukan family aku yang dapat pusaka tu T.T tp atleast dapat no dua hehe.disebabkan ini kali kedua aku pergi KPA jadi aku rase KPA kali ni macam lagi best je sbb dia guna konsep yang berbeza.Paling best of course la water confident dengan rakit..buat rakit sendiri kau tapi pressure gila bila kak suri kata family ni ade mtm reks so kalau tak menang tak tahu le..hamek kau sedas tapi Alhamdulillah family aku no satu winkwink




masuk minggu pertama kuliah.hmmm kelaut tau.mood study tak datang datang.sebab banyak gila benda nak fikir.minggu first busy settlekan kem rex.dua minggu je aku dengan takek ade untuk settle semua.kitorang takde organisasi sebab kesian pulak junior benda dah lambat sooooo nya buatlah semua benda sendiri.week two pun lahai lagi lagi busy sebab program nak dekat dah pastu weekend terus pergi camp.Alhamdulillah semua berjalan lancar atas bantuan mtm2 lain.first time jadi fasi utk kem rekreasi ni.dah la aku sorang je "budak" dekat situ.pastu sikit2 orang lain tanya aku ok ke tak.haihh tercabar tau maruah aku ingat aku tak boleh buat ke?Bosan tau kadang2 sebab takde kawan sebaya,pastu duduk dengan pembuli pembuli nasib baik kak mira ada hehe




beralih kepada minggu ketiga di mana kita ade Math Gathering pulak.yeayyy mase ni rase best la kot sebab dapat keluar jap dari aktiviti kolej.Kita berjimba dengan budak math-stat pulak.Main game.BBQ.dekat bukit ekspo je la pun.yang ni aku uruskan makanan.ye la makanan dan aku kan memang berpisah tiada.so kami la yang kena beli segala bagai ayam order makanan lain dgn marinate ayam.tapi dengan adanya bantuan lindan dan makciknya semua jadi mudah Alhamdulillah.Minggu yang sama jugak ade FINAL ICED16.salah satu event besar kolej.so kami semua kena la turun support fara L,pengarah ICED kita yang cung melecung



week 4.Karnival Let It Out @ 16.jujur la kan memang ni minggu yang paling tough sekali untuk kitorang.minggu minggu sebelum tu lagi dah buat kerja tapi final week tu memang orang kata kena settle la semua.untuk karnival aku handle bahagian ict & teknikal.tau la kan bila main2 dengan pa system ni huhhhhh unfortunately mase nak dekat karnival ni la pa system kolej meletup so kena pergi pinjam bhep.mula mula bhep taknak bagi.then pinjam k1*.ade la conflictnya mula mula tapi Alhamdulillah mereka bagi pinjam jugak akhirnya.pastu tuptap bhep bagi pinjam jugak Alhamdulillah.minggu empat ni la minggu dimana aku tak igt pun bila aku tidur dekat atas katil aku yang sedap tu sebab balik kelas je terjah opis,tiap malam turun bilik seki untuk settlekan semua kerja.Hari kejadian pun aku jaga booth dj memang 2 hari suntuk la berpanas.nasib baik ade kawan kawan seperjuangan yang best thank you semua.tahniah kita dah melepasi minggu yang amatlah penat.



week 5.settle karnival pulang balik semua barang barang yang dah dipinjam.ha yang ini pun.boleh la pulak wire mic kolej aku dah terhantar ke bhep sekali.ni pun tak settle lagi sebab abg yap takde kat ofis mase aku free.mase dia free pulak aku ade kelas.berdoa je la yang minggu depan ni settle semua benda.sijil OPSIS pun aku tak buat lagi hihu.then nak siapkan paperwork ecohike Gunung Ledang pulak.kali ni takek suruh aku jadi pengarah dengan dibantu oleh dia amir dan ajoi.depa 3 ni memang fuyooo ah bab bab hutan ni.mase eco-hike stong dulu dlm group aku ni mesti ajoi je yang masak.sedap pulak tu.tiap pagi klu bangun tido aku terus pergi kat tempat masak group aku.mase tu ajoi mesti tgh buat breakfast dan aku yang mamai ni mesti tanya "ajoi tgh buat ape tu?" haihhh rindu nak gi hiking n camping wlaupun aku suka buat drama.tolong la tolong la pengetua luluskan program ni amin.

panjang kan aku membebel.sorry la.

No comments: